senyum itu sedekah

welcome to our wonderful life :)

Wednesday, 7 November 2012

MASALAH KEROSAKAN AKHLAK REMAJA !


Antara filem yang mengisahkan masalah kerosakkan akhlak remaja di Malaysia , 'Aku Masih Dara' :



FAKTOR-FAKTOR KEROSAKAN AKHLAK REMAJA:

1. kurang didikan agama
- agama merupakn panduan, sekiranya tak da agama maka hilanglah panduan dalam menjalani hidup, oleh itu apabila anak-anak tidak dididik dengan asuhan agama, jadilah mereka remaja yang jahil tentang agama, dan bertindak serta berakhlak dengan sewenangnya sehingga melanggar batas syarak.

2. kurangnya perhatian daripada ibu bapa
- kebanyakan ibu bapa sekarang ini yang sangat mementingkan kerjaya sehingga lupa akan kepentingan untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga. Sedangkan anak-anak amat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada mereka berbanding dengan segala kemudahan atau kemewahan yang dilimpahkan ke atas diri mereka. Oleh itu, mereka akan cuba melakukan sesuatu untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa contohnya melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti vandalisme, gansterisme dan sebagainya.

3. pengaruh rakan sebaya
- rakan merupakan orang yang paling rapat dengan remaja terutama kepada remaja yang kurang perhatian daripada ibu bapa. Oleh itu mereka lebih mempercayai dan menghargai rakan mereka berbanding ibu bapa dan keluarga. Itu yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya dalam melakukan aktiviti tidak berfaedah jika tersalah pilih rakan yang menjurus kepada keburukan.

4. pengaruh media
- media sekarang yang banyak memberikan input-input negatif kepada remaja seperti filem-filem yang berunsur lucah banyak dipaparkan, tambahan pula dengan adanya penggunaan internet yang semakin berleluasa menyebabkan remaja lebih mudah terpengaruh dan terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti berzina, membuang anak, mengambil dadah, dan sebagainya.

5. faktor remaja itu sendiri
- terdapat segelintir  remaja yang cukup dengan didikan agama, perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepada mereka, namun tidak dinafikan masih juga terlibat dalam perkara-perkara tidak bermoral. Ini disebabkan salah satu  faktornya adalah diri mereka sendiri yang tidak mahu atau tidak berminat untuk mempraktiskan apa yang dipelajari dan diketahui oleh mereka dan benarlah bahawa iman itu tidak boleh diwarisi tetapi perlu dicari dan disemai.




CARA-CARA MENGATASINYA :

1. didikan awal bermula dirumah
- ibu bapa perlulah memainkan peranan penting dengan menunjukkan contoh-contoh yang baik dan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak dan mengajar mereka tentang cabaran hidup di dunia luar serta mempersiapkan mereka untuk berhadapan dengannya.

2. memantau dan menjadi rakan kepada anak-anak remaja
-pada usia remaja, mereka sudah tidak boleh dilayan seperti kanak-kanak bahkan ibu bapa perlu lebih bertindak sebagai rakan baik kepada mereka dan memantau serta lebih meluangkan masa untuk mendengar cerita mereka dan berkongsi masalah dengan mereka agar lebih rasa dihargai.

3. sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah
- cikgu-cikgu juga berperanan penting dalam mengatasi masalah ini kerana banyak masa remaja itu sendiri adalah di sekolah. Oleh itu cikgu-cikgu perlulah menerapkan kepada mereka akhlak yang baik dengan mengajar pendidikan agama, moral, dan sivik serta menjaga dan memantau pergerakan pelajar dari aktiviti tidak bermoral.

4. penguatkuasaan undang-undang
- Pihak kerajaan juga berperanan penting bagi memastikan masalah ini dapat diatasi antaranya dengan melalakukan penapisan terhadap filem, drama, program dan sebagainya sebelum ditayangkan di kaca tv, terutama yang berunsur negatif dan tidak senonoh dan boleh memberi pengaruh buruk kepada remaja.

5. tindakan daripada remaja itu sendiri
- remaja juga perlu berusaha dalam mengatasi masalah ini terutama bagi remaja yang tidak bermasalah perlulah mengambil inisiatif dengan menarik dan mengajak remaja-remaja yang bermasalah dan berkawan dengan mereka serta membimbing daripada terlibat dengan perkara yang tidak bermoral.


No comments:

Post a Comment