Kes rakyat Malaysia ditipu,
diperdaya dan dijadikan sebagai keldai dadah terus meningkat dan mula mencetuskan kebimbangan. Masyarakat mula risau,
jika suami, isteri atau pun anak menjadi mangsa seterusnya walaupun pendedahan demi
pendedahan dibuat baik dalam media massa mahu pun melalui media
cetak berkaitan kes keldai dadah yang melibatkan rakyat Malaysia yang ditipu,
diperdaya, ditangkap dan meringkuk dalam penjara di luar negara. Walaubagaimanapun,
situasi ini masih belum mencukupi untuk menyedarkan dan menginsafkan rakyat kita.
Keldai dadah merujuk seseorang yang
secara rela ataupun diperdaya untuk menjadi pembawa dadah ataupun pelbagai barang seludup
yang lain secara haram dan tersembunyi ke negara lain. Kebiasaannya,
kegiatan ini melibatkan sindiket antarabangsa yang mempunyai rangkaian perhubungan
yang luas dalam merekrut mangsa untuk dijadikan keldai dadah. Sindiket yang
bijak merancang dan mengambil peluang terhadap mangsa yang naif,
menggunakan taktik ini kerana mampu mengurangkan risiko pengedar atau penyeludup dadah terbabit tertangkap. Antara kaedah penyeludupan
yang biasa dilakukan termasuklah menyembunyikan barang di dalam kenderaan,
bagasi atau pakaian, mengikat pada badan atau pun lebih dahsyat lagi apabila ada yang
sanggup menelannya.
Antara lokasi rakyat Malaysia
pernah ditahan termasuklah di Itali, Sepanyol, Peru
dan Jepun. Pihak Kementerian Luar baru-baru ini mendedahkan bahawa seramai 72 rakyat
Malaysia ditahan pihak berkuasa China kerana cuba membawa masuk dadah, dengan kes
paling banyak berlaku di Ghuangzou, iaitu sebanyak 33 kes. Yang
lebih malang dan mendukacitakan kita ialah apabila sebahagian besar daripada mangsa yang
ditahan itu mendakwa mereka tidak mengetahui dadah yang
dirampas berada dalam simpanan mereka ketika ditahan di lapangan terbang.
PUNCA-PUNCA MENJADI KELDAI DADAH
Yang menjadi persoalan di
sini ialah apakah punca utama yang menyumbang kepada kejadian yang
semakin meningkat dan membimbangkan ini? Kenapa rakyat kita, baik wanita mahu pun lelaki begitu mudah terpedaya dan tertipu dengan sindiket seperti ini? Jika kita mengkaji dan meneliti latar belakang setiap individu rakyat kita
yang terlibat dalam gejala ini ternyata majoritinya ialah golongan belia dan kaum wanita. Hal ini menunjukkan bahawa antara punca utama kepada kejadian ini ialah tahap pemikiran dan kematangan mereka yang masih lemah dan mudah tertipu atau diperdaya. Golongan ini begitu mudah terpengaruh dengan sogokan
kata-kata manis dan kekayaan yang dijanjikan melalui keuntungan jangka pendek yang
mudah tanpa memikirkan soal kesan dan implikasi kepada diri sendiri dan juga keluarga jika tertangkap kelak.
Mereka mudah percaya kepada orang luar atau asing yang baru dikenali yang
menjanjikan kekayaan dan pendapatan luar biasa.
Wanita Malaysia
terlalu mudah termakan pujuk rayu lelaki hidung belang yang
bijak memancing dan menggoda dengan kata-kata sayang dan cinta di
samping menjanjikan pulangan kekayaan yang lumayan. Bagi rakyat kita yang
membuat kerja ini dalam keadaan sedar, sikap tamak untuk menjadi kaya dengan cepat,
segala nasihat dan pendedahan mengenai kes ini tidak dipedulikan dan diambil kisah. Yang
lebih merisaukan ialah golongan yang diperdaya atau pun ditipu untuk membuat kerja ini kerana masih banyak mangsa yang terjerat, mengadu mereka langsung tidak sedar dipergunakan ataupun diperdaya menjadi keldai dadah. Mereka hanya sedar apabila mereka ditahan dan ditangkap
di lapangan terbang ataupun di negara luar oleh pihak berkuasa tempatan.
CARA MENGELAKKAN DIRI
MENJADIMANGSA KELDAI DADAH
Wisma Putra
telah menggariskan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengelak terpedaya dengan pelbagai tawaran menarik dan menjadi mangsa sindiket jenayah antarabangsa berkenaan iaitu:
*Menentukan status
dan memeriksa latar belakang majikan
*Berwaspada dengan tawaran wang mudah yang tidak diminta
*Berwaspada apabila disuruh membawa barangan yang
tidak diketahui
*Berhati-hati dengan jalinan hubungan yang
cepat berkembang bersama kenalan baru yang menawarkan pelbagai janji dan manfaat
*Melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai sesuatu tawaran kerja yang
disyaki kesahihannya.
*Berhati-hati dan tidak melayan sebarang e-mel atau rakan sosial yang
diragui terutama dalam kalangan warga Afrika.
*Hubungi Rakan Cop di talian
03-21159999 sekiranya anda tahu ada sebarang aktiviti mencurigakan.
*Jangan berbaik hati menawarkan khidmat pertolongan membawa bungkusan atau beg
dimana-mana lokasi sama ada kaunter kastam dan sebagainya kerana ia mungkin satu perangkap.
*Anda perlu sentiasa beringat bak kata pepatah "perangkap tidak pernah mengenal mangsa" dan ia mungkin boleh berlaku kepada sesiapa saja.
USAHA
MEMBANTERAS MASALAH INI
Terdapat beberapa usaha untuk membanteras masalah ini antaranya
:
1) Meningkatkan pemeriksaan dan usahasama antara negara luar membantu membanteras penyeludupan dadah.
2) Kerajaan turut bekerjasama dengan agensi lain untuk meletakkan anjing pengesan.
3) Meningkatkan teknologi alat pengesan di
lapangan terbang berikutan alat sekarang tidak mampu mengesan dadah yang
dibawa atau seludup menggunakan anggota badan.
4) Kementerian juga meminta semua agensi pelancongan dan syarikat penerbangan supaya bekerjasama menasihatkan pelanggan dan penumpang mengenai kewujudan sindiket itu dengan menyebarkan notis peringatan ketika pelanggan membeli tiket penerbangan atau mendaftar masuk
di lapangan terbang.
5) Kementerian juga berharap orang awam,
pihak media, entiti korporat serta badan bukan kerajaan (NGO)
untuk bersama membantu mewujudkan kesedaran di
kalangan rakyat Malaysia terhadap kegiatan sindiket itu.
KESAN
DAN RISIKO MENJADI KELDAI DADAH
Terdapat banyak kesan dan risiko apabila menjadi keldai dadah ini dari segi diri,
keluarga, masyarakat mahu pun negara. Antaranya ialah:
1)Ditahan dan ditangkap di
lapangan terbang ataupun di negara luar oleh pihak berkuasa tempatan.
2)Berhadapan dengan hukuman yang
berat termasuklah hukuman gantung dan penjara dalam masa yang lama.
3)Memalukan dan mengaibkan keluarga.
4)Menjejaskan nama baik negara.
5)Menyukarkan rakyat negara ini yang
mahu membuat perjalanan atas pelbagai urusan keluar negara.
No comments:
Post a Comment