senyum itu sedekah

welcome to our wonderful life :)

Wednesday, 7 November 2012

MASALAH KEROSAKAN AKHLAK REMAJA !


Antara filem yang mengisahkan masalah kerosakkan akhlak remaja di Malaysia , 'Aku Masih Dara' :



FAKTOR-FAKTOR KEROSAKAN AKHLAK REMAJA:

1. kurang didikan agama
- agama merupakn panduan, sekiranya tak da agama maka hilanglah panduan dalam menjalani hidup, oleh itu apabila anak-anak tidak dididik dengan asuhan agama, jadilah mereka remaja yang jahil tentang agama, dan bertindak serta berakhlak dengan sewenangnya sehingga melanggar batas syarak.

2. kurangnya perhatian daripada ibu bapa
- kebanyakan ibu bapa sekarang ini yang sangat mementingkan kerjaya sehingga lupa akan kepentingan untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga. Sedangkan anak-anak amat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada mereka berbanding dengan segala kemudahan atau kemewahan yang dilimpahkan ke atas diri mereka. Oleh itu, mereka akan cuba melakukan sesuatu untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa contohnya melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti vandalisme, gansterisme dan sebagainya.

3. pengaruh rakan sebaya
- rakan merupakan orang yang paling rapat dengan remaja terutama kepada remaja yang kurang perhatian daripada ibu bapa. Oleh itu mereka lebih mempercayai dan menghargai rakan mereka berbanding ibu bapa dan keluarga. Itu yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya dalam melakukan aktiviti tidak berfaedah jika tersalah pilih rakan yang menjurus kepada keburukan.

4. pengaruh media
- media sekarang yang banyak memberikan input-input negatif kepada remaja seperti filem-filem yang berunsur lucah banyak dipaparkan, tambahan pula dengan adanya penggunaan internet yang semakin berleluasa menyebabkan remaja lebih mudah terpengaruh dan terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti berzina, membuang anak, mengambil dadah, dan sebagainya.

5. faktor remaja itu sendiri
- terdapat segelintir  remaja yang cukup dengan didikan agama, perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepada mereka, namun tidak dinafikan masih juga terlibat dalam perkara-perkara tidak bermoral. Ini disebabkan salah satu  faktornya adalah diri mereka sendiri yang tidak mahu atau tidak berminat untuk mempraktiskan apa yang dipelajari dan diketahui oleh mereka dan benarlah bahawa iman itu tidak boleh diwarisi tetapi perlu dicari dan disemai.




CARA-CARA MENGATASINYA :

1. didikan awal bermula dirumah
- ibu bapa perlulah memainkan peranan penting dengan menunjukkan contoh-contoh yang baik dan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak dan mengajar mereka tentang cabaran hidup di dunia luar serta mempersiapkan mereka untuk berhadapan dengannya.

2. memantau dan menjadi rakan kepada anak-anak remaja
-pada usia remaja, mereka sudah tidak boleh dilayan seperti kanak-kanak bahkan ibu bapa perlu lebih bertindak sebagai rakan baik kepada mereka dan memantau serta lebih meluangkan masa untuk mendengar cerita mereka dan berkongsi masalah dengan mereka agar lebih rasa dihargai.

3. sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah
- cikgu-cikgu juga berperanan penting dalam mengatasi masalah ini kerana banyak masa remaja itu sendiri adalah di sekolah. Oleh itu cikgu-cikgu perlulah menerapkan kepada mereka akhlak yang baik dengan mengajar pendidikan agama, moral, dan sivik serta menjaga dan memantau pergerakan pelajar dari aktiviti tidak bermoral.

4. penguatkuasaan undang-undang
- Pihak kerajaan juga berperanan penting bagi memastikan masalah ini dapat diatasi antaranya dengan melalakukan penapisan terhadap filem, drama, program dan sebagainya sebelum ditayangkan di kaca tv, terutama yang berunsur negatif dan tidak senonoh dan boleh memberi pengaruh buruk kepada remaja.

5. tindakan daripada remaja itu sendiri
- remaja juga perlu berusaha dalam mengatasi masalah ini terutama bagi remaja yang tidak bermasalah perlulah mengambil inisiatif dengan menarik dan mengajak remaja-remaja yang bermasalah dan berkawan dengan mereka serta membimbing daripada terlibat dengan perkara yang tidak bermoral.


KEPENTINGAN INSTITUSI KEKELUARGAAN :)

PENGENALAN

Apabila isu pembentukan masyarakat Islam dibincangkan, peranan individu Muslim tidak dapat dipinggirkan. Hal ini kerana pembentukan sesuatu masyarakat adalah berasaskan institusi keluarga. Manakala institusi keluarga pula bermula dengan perkahwinan di antara dua individu yang berlainan jantina. Kualiti ilmu yang dimiliki oleh individu yang membentuk keluarga dan seterusnya masyarakat adalah faktor penentu kepada kualiti sesebuah masyarakat. Perhatian yang khusus telah diberikan oleh Islam terhadap pembentukan keluarga bagi mengekalkan generasi manusia. Hal ini kerana, pengabaian pembentukan institusi keluarga akan membawa keruntuhan dan kehancuran sesebuah masyarakat.

Justeru, Allah SWT telah menurunkan undang-undang keluarga Islam sebagai panduan kepada seluruh institusi keluarga. Ia diklasifikasikan oleh fukaha di dalam kitab-kitab fikah sebagai Munakahat yang bermaksud nikah-kahwin. Institusi keluarga dapat memelihara akhlak, tata susila dan kemuliaan manusia melalui ikatan perkahwinan. Di samping itu, ia mempunyai peranan yang amat penting dalam pembentukan individu kerana peribadi yang baik akan membentuk keluarga yang baik, daripada keluarga yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik dan seterusnya tertegak sebuah negara yang cemerlang di bawah keredhaan Allah SWT. Segala ilmu ini perlu dipelajari oleh setiap individu Muslim sebelum mendirikan sebuah rumah tangga. Ini amat penting sebagai satu permulaan untuk melahirkan insan yang kamil dalam sesebuah masyarakat itu sendiri.




KONSEP KEKELUARGAAN MELAYU-ISLAM

Perkahwinan

Perkahwinan merupakan ikatan antara dua individu; lelaki dengan perempuan melalui akad nikad dan ijab kabul. Semasa proses pencarian jodoh, kebiasaannya seseorang akan memilih pasangannya berdasarkan empat ciri iaitu berharta, berketurunan baik, cantik dan beriman. Namun, Rasulullah SAW menyarankan agar umatnya memberikan keutamaan kepada faktor yang keempat, iaitu beriman. Dalam konteks ini, keutamaan diberikan kepada calon yang beriman kerana menurut baginda hanya keimanan dapat menjamin keharmonian institusi keluarga dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Undang-undang keluarga Islam juga turut memberikan garis panduan tentang pasangan yang boleh dikahwini dan golongan yang haram dikahwini. Golongan yang haram dikahwini hukumnya terbahagi kepada dua, iaitu haram abadi dan haram sementara. Haram abadi ada tiga kategori iaitu:
• Mereka yang ada pertalian darah seperti ayah, ibu dan anak.
• Pertalian kekeluargaan seperti anak tiri, mertua dan menantu.
• Pertalian penyusuan seperti ibu susu dan saudara sesusu.

Manakala hukum haram sementara pula ialah ipar, iaitu apabila pasangan meninggal, maka perkahwinan antara suami dan ipar atau isteri dengan ipar dibolehkan; perempuan bukan Islam apabila dia memeluk Islam perkahwinan dibolehkan; dan perempuan dalam iddah apabila tamat tempohnya, maka dibolehkan berkahwin.
Terdapat beberapa kategori dalam hukum berkahwin. Fukaha menetapkan hukum berkahwin ini bedasarkan kepada keadaan individu. Menurut Mazhab Syafii, hukum nikah terbahagi kepada lima iaitu:
• Pertama, harus: bagi seseorang yang ingin melakukan seks.
• Kedua, sunat berkahwin: sekiranya dia ingin menjaga kesuciannya, cukup syarat dan berkemampuan dari segi zahir dan batin.
• Ketiga, wajib: bagi yang berkemampuan dari segi zahir dan batin, serta nafsu syahwatnya begitu tinggi hingga boleh mendorong kepada penzinaan. Bagi yang tidak berkemapuan dari segi perbelanjaan perkahwinan, Islam menyarankan agar dia berpuasa.
• Keempat, haram berkahwin: orang yang tidak mencukupi syarat. Tidak berkemampuan zahir dan batin serta tidak bertanggungjawab kerana dibimbangi akan merosakkan rumah tangga serta masa depan isteri dan anak-anak.
• Kelima, makruh: orang yang tidak berhajat kepada seks, ahli ibadat, orang yang benci kepada perkahwinan dan seumpamanya.

Perkahwinan bertujuan untuk memperoleh zuriat dan mengekalkan baka, memelihara kehormatan diri, mencapai ketengan hati, ketengan jiwa dan sebagai cara untuk menyalurkan naluri cinta dan kasih sayang. Ia merupakan jalan penyelesaian kepada naluri tabii atau fitrah semula jadi manusia, iaitu hubungan seks antara lelaki dan wanita yang dijadikan oleh Allah SWT.

Keluarga

Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu dihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya adalah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan. Pengalaman seperti ini telah menjadi warisan turun temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut Konfusianisme, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan seperti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan wanita kaum wanita dan kaum lelaki dalam sesebuah keluarga itu menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan saling hormat-menghormati.


HAK DAN TANGGUNGJAWAB DALAM INSTITUSI KELUARGA

Hak Dan Tanggungjawab Suami Isteri

Dalam institusi keluarga Islam, suami dan isteri memiliki hak ke atas satu sama lain lantaran tanggungjawab yang dipikul sama ada bagi pihak suami, isteri atau tanggungjawab bersama: suami dan isteri. Dalam konteks ini, isteri memiliki hak untuk memperolehi nafkah zahir dan batin daripada suami, memperoleh pakaian dan tempat tinggal yang sesuai daripada suami, memperolehi jaminan keselamatan dan kebajikan daripada suami, dan memperolehi nasihat yang baik daripada suami.

Suami pula bertanggungjawab melindungi rahsia kecacatan atau kekurangan isteri setelah tanggungjawab sebagai seorang isteri dilaksanakan dengan baik seperti melayani keperluan batin suami, mentaati suami, ketaatan dan kesetiaan isteri kepada suami selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Isteri bertanggungjawab merahsiakan kecacatan atau kekurangan suami kepada orang lain dan menjaga kehormatan dan harta suami ketika ketiadaannya.

Seorang suami bertanggungjawab sebagai pemimpin dan ketua dalam institusi keluarga. Apabila dia melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami, dia berhak menerima layanan yang munasabah dan kasih sayang, termasuk zahir dan batin daripada isteri; isteri menjaga maruah dan akhlak sama ada berada di hadapan ataupun di belakang suami; dan meminta keizinan suami sebelum keluar rumah.

Hak dan tanggungjawab bersama suami isteri ialah suami dan isteri sama-sama berhak untuk menikmati kemanisan, kenikmatan da kebahagiaan hidup berumah tangga; suami dan isteri bersama-sama bertanggungjawab mengeratkan hubungan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak; harta kedua-duanya boleh diwarisi oleh salah seorang daripada keduanya apabial berlaku kematian; mendalami ilmu fardu ain bersama; berbincang tentang kebaikan bersama; bantu membantu dalam hal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran; bersikap jujur dan menepati janji; saling memaafkan jika berlaku kesilapan dan saling menasihati; digalakkan bersembahyang berjemaah; dan bertawakal kepada Allah SWT setelah berusaha untuk mencapai kebahagian hidup.


PENUTUP

Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang maju adalah bangsa yang berilmu. Kemajuan tidak mungkin akan dicapai tanpa pencapaian ilmu yang tinggi. Untuk tujuan ini ibu bapa perlu memastikan bahawa perasaan cinta terhadap ilmu ini perlu dipupuk seawal mungkin. Bermula dari rumah tangga, ibu bapa perlu menyediakan suasana yang kondusif yang boleh menggalakkan minat anak-anak kepada pertumbuhan ilmu. Dalam hal ini ilmu tanpa nilai moral boleh menyebabkan manusia akan hilang pertimbangan kemanusiaan. Generasi hari ini perlu diberi pendedahan tentang kepentingan sejarah terhadap masa depan mereka. Apa yang dimaksudkan dengan sejarah di sini bukanlah sekadar mengingati tarikh bila sesuatu peristiwa itu berlaku tetapi yang penting ialah mempelajari kesilapan yang telah dilakukan agar kesilapan itu tidak diulangi. 


Sejarah juga telah membuktikan bahawa walau semaju mana sesebuah tamadun itu, kegagalan untuk belajar dari sejarah boleh meruntuhkan ketamadunan yang telah dicapai. Justeru institusi keluarga hari ini yang mewariskan generasi muda perlu sentiasa diberi peringatan agar mereka tidak leka dengan kesenangan yang telah dicapai. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa meningkatkan keupayaan diri sebagai persediaan menghadapi cabaran hidup yang bakal ditempuhi. Sesungguhnya penggunaan undang-undang semata-mata tidak mampu membendung gejala negatif. Hal ini disebabkan secara lumrah manusia yang melanggar undang-undang beranggapan mereka boleh mengelakkan dari ditangkap oleh pihak berkuasa.

Sebagai asasnya, ibu bapa sebagai pendidik perlulah menggembleng sepenuh tenaganya dan cuba sentiasa memfokuskan perhatian terhadap melaksanakan segala perintah yang diturunkan Allah SWT. Keyakinan beragama perlulah dipupuk sehingga menjadi darah daging dalam kehidupan. Sudah pasti anak akan membesar di atas dasar iman dan taqwa dan akan bertapak padanya akhlak dan budi pekerti yang mulia. Perlulah diingatkan bahawa sebagai ibu atau bapa kita terlebih dahulu perlu memiliki akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang dapat dicontohi, ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak. Namun sekiranya ibu bapa sendiri yang ketandusan akhlak mulia seperti pengasih, penyayang, bersopan santun, berbudi pekerti mulia bagaimana untuk mereka ‘mengeksport’ kemuliaan itu kepada orang lain khususnya kepada anak-anak.

Tamadun yang telah dibina oleh manusia sepatutnya mengambil kira fitrah yang Allah anugerahkan ke dalam diri setiap manusia.. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanam-tanaman dengan subur di bumi yang dimakan oleh manusia dan binatang, dengan sebab air itu; hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias dengan bunga-bungaan yang berwarna warni dan penduduknya menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman dan menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari, lalu Kami jadikan dia hancur lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelumnya itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir.”




PENCERAIAN !





MAKSUD  PENCERAIAN

Pada dasarnya melakukan perkawinan  adalah bertujuan untuk selama-lamanya, tetapi adakalanya ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan perkawinan tidak dapat diteruskan jadi harus diputuskan di tengah jalan atau terpaksa putus dengan sendirinya, atau dengan kata lain terjadi perceraian antara suami isteri.

Menurut aturan Islam, perceraian diibaratkan seperti pembedahan yang menyakitkan, manusia yang sehat akalnya harus menahan sakit akibat lukanya, dia bahkan sanggup diamputasi untuk menyelamatkan bagian tubuh lainnya sehingga tidak terkena luka atau infeksi yang lebih parah.Jika perselisihan antara suami dan istri tidak juga reda dan rujuk (berdamai kembali) tidak dapat ditempuh, maka perceraian adalah jalan "yang menyakitkan" yang harus dijalani.Itulah alasan mengapa jika tidak dapat rujuk lagi, maka perceraian yang diambil.

Perceraian dalam istilah ahli fiqh disebut "talak" atau "furqoh" adapun arti dari talak ialah membuka ikatan membatalkan perjanjian.Adapun yang dimaksud dengan putusnya perkawinan adalah berakhirnya perkawinan yang telah dibina oleh pasangan suami istri, yang disebabkan oleh beberapa hal seperti kematian, perceraian dan atas putusan pengadilan.



ALASAN-ALASAN PENCERAIAN 

Hal-hal yang menyebabkan terjadinya karena alasan-alasan sebagai berikut :
a) salah satu pihak berbuat zina atau menjadi pemabuk, pemadat, penjudi dan lain sebagainya yang sulit disembuhkan.
b) Salah satu pihak meninggalkan pihak lain selama 2 tahun berturut-berturut tanpa izin pihak lain dan tanpa alasan yang sah atau karena hal lain di luar kemampuannya.
c) Salah satu pihak mendapatkan hukuman penjara 5 (lima) tahun atau hukuman yang lebih berat setelah perkawinan berlangsung.
d) Salah satu pihak melakukan kekejaman atau penganiayaan berat yang membahayakan pihak lain.
e) Salah satu pihak mendapat cacat badan atau penyakit dengan akibat tidak dapat menjalankan kewajibannya sebagai suami isteri.
f) Antara suami istri terus menerus terjadi perselisihan dan pertengkaran dan tidak ada harapan akan hidup rukun lagi dalam rumah tangga.


PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENCERAIAN :

    * Punca 1: Kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan
    * Punca 2: Kurang Mendengar, Terlampau Banyak Bercakap
    * Punca 3: Tidak Bijak Mengurus Kewangan Keluarga Dan Diri Sendiri
    * Punca 4: Penderaan Menjadi Suatu Kebiasaan
    * Punca 5: Mudah Mendekati Larangan Agama
    * Punca 6: Tidak Ambil Berat Solat 5 Waktu
    * Punca 7: Tidak Setia Pada Pasangan Yang Satu
    * Punca 8: Masalah Kesihatan Seksual
    * Punca 9: Tiada Keserasian Dalam Perkahwinan
    * Punca 10: Gagal Bertindak Cepat Selesaikan Konflik
    * Punca 11: Terlalu Mudah Mengalah Dengan Dugaan
    * Punca 12: Tidak Mahu Bertolak-Ansur
    * Punca 13: Tidak Sanggup Beri 100% Komitmen
    * Punca 14: Tiada Tabungan Kecemasan Keluarga
    * Punca 15: Terus Menunding Jari & Menyalahkan Pasangan
    * Punca 16: Budaya Orang Dulu-dulu Dilupakan
    * Punca 17: Isteri Terlampau Rasakan Boleh Hidup Berdikari
    * Punca 18: Ketagihan Bahan Lucah Yang Terlampau
    * Punca 19: Kehidupan Yang Dipenuhi Dengan Tekanan
    * Punca 20: Berkahwin Di Usia Sangat Muda



KESAN PERCERAIAN

Kesan Emosi     
Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut :
    * Jiwa terganggu
    * Marah
    * Sedih
    * Tidak bermaya
    * Rasa bersalah
    * Terpencil
    * Rendah diri
    * Runsing
    * Putus asa/kecewa
    * Kesunyian
Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian - baik sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan hanya menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat.

Dua Tanggungan            
Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab dan peranan yang bertambah;

    * sebagai ibu/bapa tunggal
    * terpaksa mencari nafkah

Kesan Terhadap Anak  
Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka.Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Di antara kesan-kesan perceraian terhadap anak-anak ialah:-
Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah:
    * Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa
    * Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya
    * Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri
    * Mengalami tekanan jiwa dan perasaan
    * Perasaan terganggu dan bingung
    * Hilang tumpuan pada pelajaran
    * Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

Pasangan yang bercerai harus prihatin terhadap perkara-perkara berikut : 

   1. Perceraian tidak memutuskan ikatan anak dan ibu bapa, hanya hubungan perkahwinan suami-isteri saja yang terputus. Anak-anak tidak harus dilibatkan di dalam konflik antara ibu dan bapa.
   2. Anak-anak perlu bantuan dan sokongan ibu bapa agar dapat mengendalikan segala perubahan yang mereka alami setelah ibu bapa bercerai.
   3. Anak -anak juga mempunyai perasaan yang sensitif. Bila kehilangan sesuatu, pastinya perasaan bimbang, geram dan marah timbul.Mereka memerlukan banyak perhatian, sokongan dan bantuan.
   4. Anak-anak memerlukan kasih sayang dari kedua orang tuanya, perasaan negatif yang wujud di antara pasangan tidak harus ditanamkan dalam jiwa anak-anak.


CARA MENGHADAPI PENCERAIAN

1. Berikan waktu untuk diri sendiri
Bagaimanapun perceraian memengaruhi psikis Anda. Reaksi Anda terhadap sesuatu akan berubah, kebutuhan dan minat Anda juga akan mengalami pergeseran. Untuk itu, Anda membutuhkan waktu untuk diri sendiri menata diri. Bangun aturan dan batasan yang  jelas dengan mantan pasangan, terutama untuk menciptakan pola pengasuhan pada anak-anak. Biarkan persahabatan berjalan alami paskaperceraian.

2. Cermat memilih mediator dan pengacara
Perceraian memakan biaya untuk membayar jasa pengacara. Namun, Anda bisa menghemat biaya dengan hanya membayar jasa mediator jika komunikasi dengan mantan pasangan berjalan baik.Artinya perceraian memang menjadi keputusan bersama yang diterima baik oleh keduanya.Namun pada kondisi hubungan yang buruk, bahkan terjadi konflik, pengacara menjadi mediator yang paling tepat, meski Anda harus mengeluarkan uang lebih untuk ini.

3. Tuliskan perencanaan pengasuhan anak dan bicarakan secara langsung
Fokuslah pada apa yang terbaik bagi anak saat merancang dan menuliskan pola pengasuhan paskaperceraian. Bayangkan perasaan anak Anda saat membaca rencana pengasuhan yang dituliskan dengan jelas tersebut.Jika anak sudah cukup besar, bicarakan bersama mereka. Katakan bahwa Anda dan mantan pasangan akan bekerja sebagai tim dalam mengasuh mereka. Kepentingan anak perlu menjadi fokus utama di atas segala kepentingan Anda dan mantan pasangan.

4. Percaya boleh saja, tapi selalu lakukan verifikasi
Kesepakatan yang sudah diterima kedua belah pihak perlu dituliskan. Kesepakatan mengenai pengasuhan anak, misalnya.Pastikan semua persetujuan yang dibuat tertulis dengan jelas.Di sinilah pentingnya mengapa perceraian perlu didampingi pengacara yang berperan sebagai mediator.Isu seperti uang dan pengasuhan anak memerlukan kesepakatan tertulis.

5. Bersiap menghadapi perubahan
Kegagalan menjalani kesepakatan paskaperceraian kadang tak bisa dihindarkan. Friksi masih saja akan tetap ada di antara Anda dan mantan suami, terutama menyangkut pengasuhan anak. Bersiaplah dengan kondisi yang akan berubah nantinya. Setidaknya buatlah rencana untuk meminimalisasi kegagalan, yakni dengan menuliskan dengan detail mengenai kesepakatan yang Anda buat bersama mantan pasangan.Pastikan semua pihak memahaminya dengan jelas.

6. Bersikaplah kooperatif
Ketika salah satu pihak melanggar kesepakatan, cobalah untuk memahami kondisinya. Cari tahu dan temukan solusi bersama mengapa kesepakatan ini dilanggar.Terutama yang berkaitan dengan pengasuhan anak.Pastikan, kepentingan anak di atas segalanya.

7. Hindari pola hubungan yang lama
Bagian dari pemulihan paskaperceraian adalah Anda tak lagi bertanggungjawab atas mantan pasangan, keluarganya, atau apapun yang terkait dengannya secara pribadi. Begitu pun dengan dia terhadap Anda.Anda harus melepaskan diri darinya, termasuk tidak menggunakan pola hubungan lama, artinya jangan meminta dukungan dari mantan pasangan untuk masalah peribadi Anda.

8. Biarkan hubungan bertransformasi
Anda akan merasakan kesepian dan kehilangan, bahkan terpuruk usai perceraian. Namun ini hanya berlangsung sementara, dan pada waktunya hubungan Anda akan lebih sehat lagi. Setidaknya Anda dan mantan pasangan bisa menjadi teman baik terutama dalam hal merawat anak.Biarkan hubungan mengalir alami dan bertransformasi menjadi lebih sehat paska perceraian.

9. Luangkan waktu bersama sebagai keluarga
Saat hubungan atau perasaan Anda sudah sehat paskaperceraian, luangkan waktu berkumpul sebagai keluarga. Pergi makan malam bersama anak dan mantan pasangan sah saja dilakukan.Tujuannya menunjukkan kepada anak anda bahawa orang tuanya masih peduli.Sebagai keluarga, Anda tetap bisa berkumpul bersama.

10. Jangan hadirkan orang baru
Saat berkumpul bersama anak dan mantan pasangan, pastikan tidak ada orang lain atau sosok baru dalam hubungan Anda maupun suami. Meski anak sudah remaja, mereka akan bingung dengan kehadiran orang baru ini. Pastikan fokus pada keutuhan keluarga tanpa ada orang asing di dalamnya.

Tuesday, 6 November 2012

KELDAI DADAH !





Kes rakyat Malaysia ditipu, diperdaya dan dijadikan sebagai keldai dadah terus meningkat dan mula mencetuskan kebimbangan. Masyarakat mula risau, jika suami,  isteri atau pun anak menjadi mangsa seterusnya walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat baik dalam media massa mahu pun melalui media cetak berkaitan kes keldai dadah yang melibatkan rakyat Malaysia yang ditipu, diperdaya, ditangkap dan meringkuk dalam penjara di luar negara. Walaubagaimanapun, situasi ini masih belum mencukupi untuk menyedarkan dan menginsafkan rakyat kita.

Keldai dadah merujuk seseorang yang secara rela ataupun diperdaya untuk menjadi pembawa dadah ataupun pelbagai barang seludup yang lain secara haram dan tersembunyi ke negara lain. Kebiasaannya, kegiatan ini melibatkan sindiket antarabangsa yang mempunyai rangkaian perhubungan yang luas dalam merekrut mangsa untuk dijadikan keldai dadah. Sindiket yang bijak merancang dan mengambil peluang terhadap mangsa yang naif, menggunakan taktik ini kerana mampu mengurangkan risiko pengedar atau penyeludup dadah terbabit tertangkap. Antara kaedah penyeludupan yang biasa dilakukan termasuklah menyembunyikan barang di dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan atau pun lebih dahsyat lagi apabila ada yang sanggup menelannya.

Antara lokasi rakyat Malaysia pernah ditahan termasuklah di Itali, Sepanyol, Peru dan Jepun. Pihak Kementerian Luar baru-baru ini mendedahkan bahawa seramai 72 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa China kerana cuba membawa masuk dadah,  dengan kes paling banyak berlaku di Ghuangzou, iaitu sebanyak 33 kes. Yang lebih malang dan mendukacitakan kita ialah apabila sebahagian besar daripada mangsa yang ditahan itu mendakwa mereka tidak mengetahui dadah yang dirampas berada dalam simpanan mereka ketika ditahan di lapangan terbang.



PUNCA-PUNCA MENJADI KELDAI DADAH

Yang menjadi persoalan di sini ialah apakah punca utama yang menyumbang kepada kejadian yang semakin meningkat dan membimbangkan ini? Kenapa rakyat kita,  baik wanita mahu pun lelaki begitu mudah terpedaya dan tertipu dengan sindiket seperti ini? Jika kita mengkaji dan meneliti latar belakang setiap individu rakyat kita yang terlibat dalam gejala ini ternyata majoritinya ialah golongan belia dan kaum wanita. Hal  ini menunjukkan bahawa antara punca utama kepada kejadian ini ialah tahap pemikiran dan kematangan mereka yang masih lemah dan mudah tertipu atau diperdaya. Golongan ini begitu mudah terpengaruh dengan sogokan kata-kata manis dan kekayaan yang dijanjikan melalui keuntungan jangka pendek yang mudah tanpa memikirkan soal kesan dan implikasi kepada diri sendiri dan juga keluarga jika tertangkap kelak. Mereka mudah percaya kepada orang luar atau asing yang baru dikenali yang menjanjikan kekayaan dan pendapatan luar biasa.

 Wanita Malaysia terlalu mudah termakan pujuk rayu lelaki hidung belang yang bijak memancing dan menggoda dengan kata-kata sayang dan cinta di samping menjanjikan pulangan kekayaan yang lumayan. Bagi rakyat kita yang membuat kerja ini dalam keadaan sedar, sikap tamak untuk menjadi kaya dengan cepat, segala nasihat dan pendedahan mengenai kes ini tidak dipedulikan dan diambil kisah. Yang lebih merisaukan ialah golongan yang diperdaya atau pun ditipu untuk membuat kerja ini kerana masih banyak mangsa yang terjerat,  mengadu mereka langsung tidak sedar dipergunakan ataupun diperdaya menjadi keldai dadah. Mereka hanya sedar apabila mereka ditahan dan ditangkap di lapangan terbang ataupun di negara luar oleh pihak berkuasa tempatan.



CARA MENGELAKKAN DIRI MENJADIMANGSA KELDAI DADAH

Wisma Putra telah menggariskan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengelak terpedaya dengan pelbagai tawaran menarik dan menjadi mangsa sindiket jenayah antarabangsa berkenaan iaitu:
*Menentukan status dan memeriksa latar belakang majikan
*Berwaspada dengan tawaran wang mudah yang tidak diminta
*Berwaspada apabila disuruh membawa barangan yang tidak diketahui
*Berhati-hati dengan jalinan hubungan yang cepat berkembang bersama kenalan baru yang menawarkan pelbagai janji dan manfaat
*Melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai sesuatu tawaran kerja yang disyaki kesahihannya.
*Berhati-hati dan tidak melayan sebarang e-mel atau rakan sosial yang diragui terutama dalam kalangan warga Afrika.
*Hubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 sekiranya anda tahu ada sebarang aktiviti mencurigakan.
*Jangan berbaik hati menawarkan khidmat pertolongan membawa bungkusan atau beg dimana-mana lokasi sama ada kaunter kastam dan sebagainya kerana ia mungkin satu perangkap. 
*Anda perlu sentiasa beringat bak kata pepatah "perangkap tidak pernah mengenal mangsa" dan ia mungkin boleh berlaku kepada sesiapa saja.




USAHA MEMBANTERAS MASALAH INI

Terdapat beberapa usaha untuk membanteras masalah ini antaranya :
1) Meningkatkan pemeriksaan dan usahasama antara negara luar membantu membanteras penyeludupan dadah.
2) Kerajaan turut bekerjasama dengan agensi lain untuk meletakkan anjing pengesan.
3) Meningkatkan teknologi alat pengesan di lapangan terbang berikutan alat sekarang tidak mampu mengesan dadah yang dibawa atau seludup menggunakan anggota badan.
4) Kementerian juga meminta semua agensi pelancongan dan syarikat penerbangan supaya bekerjasama menasihatkan pelanggan dan penumpang mengenai kewujudan sindiket itu dengan menyebarkan notis peringatan ketika pelanggan membeli tiket penerbangan atau mendaftar masuk di lapangan terbang.
5) Kementerian juga berharap orang awam, pihak media, entiti korporat serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama membantu mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia terhadap kegiatan sindiket itu.



KESAN DAN RISIKO MENJADI KELDAI DADAH

Terdapat banyak kesan dan risiko apabila menjadi keldai dadah ini dari segi diri, keluarga, masyarakat mahu pun negara. Antaranya ialah:
1)Ditahan dan ditangkap di lapangan terbang ataupun di negara luar oleh pihak berkuasa tempatan.
2)Berhadapan dengan hukuman yang berat termasuklah hukuman gantung dan penjara dalam masa yang lama.
3)Memalukan dan mengaibkan keluarga.
4)Menjejaskan nama baik negara.
5)Menyukarkan rakyat negara ini yang mahu membuat perjalanan atas pelbagai urusan keluar negara.